Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM: Tiada asas kesalahan Felda beli hotel
Diterbitkan:  May 27, 2015 10:59 AM
Dikemaskini: 10:26 AM

Penyiasatan awal  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui apa-apa asas kesalahan berhubung dakwaan penyelewengan terhadap pengurusan Felda berkaitan pembayaran RM538 juta oleh Felda Investment Corp (FIC) untuk membeli sebuah hotel mewah di London.

"Penyiasatan awal SPRM yang dibuat setakat ini tidak menemui apa-apa asas kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 oleh mana-mana pihak berkaitan isu yang dibangkitkan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low dalam jawapan bertulis parlimen semalam.

Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat tambahan atau bukti-bukti kukuh berkaitan isu itu supaya menyalurkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

Low (foto) menjawab soalan Anthony Loke (DAP-Seremban) mengenai status siasatan terhadap pembelian hotel mewah Grand Plaza Kensington Hotel di London, yang didakwa melibatkan pengurusan Felda.

Loke juga bertanya sama ada anak pengerusi kumpulan Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terlibat dalam kes itu.

Bagaimanapun, Low tidak menyebut tentang anak Isa dalam jawapan bertulis itu.

Pada 7 Mac, Malaysiakini melaporkan bahawa anak Isa telah dipanggil oleh SPRM untuk merekodkan kenyataannya.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS