Gerakan hentam speaker terima RUU hudud

   

Pemuda Gerakan menyelar speaker parlimen kerana menerima rang undang-undang (RUU) persendirian PAS bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan.

Ketua Pemudanya Andy Yong berkata perkara itu bertentangan dengan Perintah Tetap parlimen.

Menurutnya lagi, dalam sejarah belum pernah ada ang undang-undang persendirian daripada pembangkang diterima atau dibahaskan di dewan.

Justeru, kata Yong, jika diterima kali ini maksudnya “ada sesuatu yang tidak kena”.

Beliau berhujah, seksyen 49(2) Perintah Tetap menyebut bahawa rang undang-undang persendirian yang tidak selari dengan undang-undang persekutuan, sekretariat patut menolaknya.

Pengkritik berkata PAS tidak patut melaksanakan undang-undang jenayah Islam di sampai undang-undang sivil sedia ada kerana bertentangan dengan perlembagaan persekutuan sebagai undang-undang tertinggi.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In