Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ingin mengetahui secara jelas mengenai isu melibatkan pembelian aset di Australia beliau harus bertemu dengannya secara terus.

“Kalau Rafizi nak faham mudah dia kena berdepan dengan saya secara langsung, lebih mudah atau (berjumpa di) parlimen.

“Tapi kalau dia memilih untuk bercakap kepada media dan (baru) disampaikan kepada saya, saya takut ada kegagalan komunikasi,” katanya dalam sidang media di Pejabat MARA di ibu negara hari ini.

Annuar berkata jika Rafizi mempunyai maklumat tertentu eloklah beliau bekerjasama dengan pihak berwajib.

“Tetapi kalau beliau nak buat sidang akhbar mengikut cara beliau sendiri kita tidak ada apa masalah dan kita anggap pilihan beliau sendiri.

“Dan MARA tidak akan perlu menjawab kepada Rafizi,” katanya.

Annuar turut mengulas kenyataan Rafizi sebelum ini yang membagkitkan mengapa beliau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai berkaitan.

"Dan kalau dia kata kita tak ambil tindakan, sebenarnya ada. Mesyuarat pada Jun 2014 tercatat dalam minit (mesyuarat) ada teguran yang saya buat.

“Sejak dari itu, kita terus buat pemantauan. Tindakan ada. Cuma saya tak sempat lapor kepada Rafizi sebab tak tahu dia berminat dalam kes ini,” sindirnya.

“Tetapi kita memang ada buat laporan, ada minit, ada tindakan.”

Rafizi sebelum ini dalam siri 'pendedahannya' berhubung pembelian harta tanah di Australia yang didakwa jauh lebih mahal daripada harga pasaran.

Lihat Komen
ADS