Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gunung berapi jejas Penerbangan Bali, Lombok
Diterbitkan:  Jul 10, 2015 2:21 PM
Dikemaskini: 7:22 AM

Penerbangan Kuala Lumpur ke Bali dan Lombok antara yang terjejas akibat letusan gunung berapi Raung di Jawa Timur meletus sejak seminggu lalu.

Lima lapangan terbang dilaporkan ditutup oleh pihak berkuasa Indonesia, termasuk di kedua-dua destinasi pelancongan penting itu.

“Setakat ini saya tidak dapat katakan berapa banyak penumpang terjejas,” jurucakap pengendali lapangan terbang Angkasa Pura 1, Farid Indra Nugraha dilapor sebagai berkata oleh Reuters .

Pesawat rasmi republik itu Garuda Indonesia dan penerbangan daripada Australia juga dilapor telah membatalkan penerbangan masing-masing.

Bali hab penerbangan kedua terpenting di Indonesia.

Sementara itu, syarikat penerbangan tambang murah yang berpangkalan di Malaysia AirAsia juga mengumumkan pembatalan lima penerbangan domestik (Indonesia) serta lapan penerbangan antarabangsa.

Menurut kenyataan sebentar tadi, penerbangan Bali-Kuala Lumpur dan Lombok-Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan.

Lihat Komen
ADS