Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerusi untuk kanak-kanak juga perlu disediakan di dalam pengangkutan awam lain seperti bas, kata seorang pensyarah  undang-undang keluarga.

Profesor Datin Noor Aziah Mohd Awal dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata ini kerana bas juga berisiko terlibat dengan kemalangan dan mempunyai impak kepada kanak-kanak yang berada di dalamnya.

"Sudah terdapat negara yang menyediakan tempat khas di dalam bas untuk kanak-kanak atau bayi," katanya kepada Bernama .

Namun Presiden Persatuan Pengusaha Bas Semalaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata pihak mereka tidak dapat menyediakan kemudahan sedemikan kerana tidak mempunyai spesifikasi kerusi tertentu.

Beliau berkata pengusaha mungkin akan memasang kerusi kanak-kanak jika diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

"Namun kami tidak menghalang ibu bapa membawa sendiri kerusi yang sesuai untuk anak-anak mereka," kata Mohamad Ashdar.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Sani Express, Abu Bakar Mohammad  berkata pihaknya tidak keberatan untuk menyediakan kerusi kanak-kanak jika undang-undang berkaitan dikuatkuasakan.

"Kebiasaannya anak-anak dipangku ibu bapa mereka, tetapi jika pihak berkuasa menguatkuasakan penggunaan kerusi kanak-kanak, kita akan patuhi untuk kebaikan semua," katanya.

Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) sebelum ini mengumumkan mengenai penggunaan kerusi kanak-kanak di dalam kenderaan persendirian akan diwajibkan pada 2017 bagi menjamin keselamatan kanak-kanak.

- Bernama

Lihat Komen
ADS