Rafizi: Reda ketegangan dulu berbanding 1MDB
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yakin meredakan ketegangan yang berlaku di Plaza Low Yat lebih penting daraipada kntroversi firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau menyuarakan kebimbangan jika isu ini tidak ditangani dengan baik, ia boleh merosakkan hubungan kaum dalam negara ini.
"Keutamaannya adalah untuk meredakannya sekarang lebih besar berbanding 1MDB.
"Kerana bagi 1MDB, perdana menteri hanya perlu menjawab (dakwaan). Hubungan kaum sangat sensitif, kita tidak boleh membenarkan mana-mana ruang untuk rakyat untuk memanipulasi," katanya.
Sambil mengakui bahawa pendapatnya mungkin berbeza daripada MP pembangkang yang lain, Rafizi menegaskan bahawa perkara itu perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Beberapa wartawan dan kakitangan bar cedera malam tadi selepas perhimpunan berhampiran pusat membeli-belah bertukar kekasaran.
Pergaduhan malam tadi adalah sebagai maklum balas kepada pertembungan yang lebih awal pada Sabtu malam.

