Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa di bawah undang-undang mereka yang menutup dan menyembunyikan bukti jenayah adalah dianggap sebagai membantu penjenayah.

Katanya, mereka dianggap membantu dan bersubahat dengan penjenayah.

"Mereka juga harus didakwa, dibicarakan dan dihukum," katanya dalam catatan blog beliau.

"Menyimpan bukti yang telah anda kumpulkan bagi diserahkan hanya apabila kes itu terbukti,  tidak akan membebaskan anda daripada tuduhan bersubahat," tambahnya.

Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, ia adalah jelas bahawa Mahathir merujuk kepada dakwaan mengenai 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Satu pasukan petugas khas pelbagai agensi kini sedang menyiasat perkara itu.

[Baca berita penuh/asal]