Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Sifat kasih sayang, muafakat perlu diteruskan
Diterbitkan:  Jul 14, 2015 11:52 PM
Dikemaskini: 4:56 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak berharap sifat kasih sayang dan bermuafakat yang tersuntik di dalam bulan Ramadan ini dapat dikekalkan pada bulan mendatang.

Perdana Menteri berkata Ramadan juga adalah waktu untuk menghargai masa bersama keluarga dan rakan-rakan selain mendidik jiwa, dan bukan hanya menahan lapar semata-mata.

"Saya selalu melihat dan merasakan kemeriahan hidup bermasyarakat baik di kampung dan bandar.

Harapan saya moga sifat kasih sayang dan bermuafakat ini dapat dikekalkan," katanya dalam laman Facebook yang bertajuk "Perutusan PM Sempena Hari Raya Aidilfitri" malam ini.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di dalam video berdurasi 0.58 saat itu yang turut disiarkan di RTM malam ini, Najib juga berharap sinar Syawal yang bakal menjelma akan membawa seribu keberkatan kepada semua pihak.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan Khamis ini bagi melihat anak bulan Syawal selaras dengan persetujuan Majlis Raja-Raja bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS