Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB T'ganu nafi khabar angin esok cuti
Diterbitkan:  Jul 15, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Kerajaan negeri Terengganu menafikan khabar angin yang tersebar luas, terutamanya dalam kalangan penjawat awam, kononnya esok diisytihar cuti bagi negeri ini.

Tiada keperluan untuk mengumumkan cuti kerana esok, penjawat awam hanya bekerja separuh hari sahaja, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco hari ini.

Khabar angin itu mula tersebar luas dalam media sosial sejak pagi tadi sehingga menimbulkan banyak persoalan di kalangan penjawat awam negeri mahupun persekutuan.

Terengganu bercuti pada Ahad ini, iaitu sebagai ganti kepada 1 Syawal yang dijangka disambut pada hari Jumaat, 17 Julai.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS