MP Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan - dalam perang twitter dengan supremo DAP Lim Kit Siang - menuduh Lim bimbang pemimpin partinya terlibat dalam dakwaan berurusan dengan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo.

Ini selepas Lim mengkritik Abdul Rahman semalam kerana bergantung kepada bekas wartawan Lester Melanyi yang mendakwa laman pemberi maklumat Sarawak Report telah mereka maklumatnya mengenai 1MDB.

Sarawak Report mendakwa berlaku penyelewengan dana dalam 1MDB berdasarkan maklumat Justo, yang mana pihak berkuasa Malaysia mendakwa ia telah diubahsuai.

"Apakah Lim bimbang MPnya dapat dibuktikan berbohong tentang bertemu Justo?," kata Abdul Rahman yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, yang dipaparkan di Twitter beliau.

Abdul Rahman tidak menyatakan secara khusus "MP" yang dirujukkanya itu, tetapi telah beberapa kali menuntut MP DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua menjelaskan sama ada beliau telah bertemu Justo.

Pada hari Khamis, Abdul Rahman dalam tweet lain, sekali ini merujuk kepada Pua, yang merupakan peneraju kritikan DAP terhadap 1MDB.

Lester, yang mendakwa telah menyumbang kepada Sarawak Report, mendakwa portal pemberi maklumat itu telah memalsukan maklumat dalam laporannya mengenai 1MDB.

Editor Clare Rewcastle-Brown telah menafikan dakwaan itu, sambil menambah bahawa Lester tidak pernah bekerja untuk Sarawak Report dan hanya bertugas untuk beberapa bulan di Radio Free Sarawak.

Seorang menteri negeri kanan BN Sarawak, Datuk James Masing, juga telah mengkritik Abdul Rahman, dengan menegaskan bahawa Lester mempunyai isu-isu kredibiliti.

[Baca berita penuh/asal]