Tiada gunanya bagi PKR Sarawak mengekalkan hubungan dengan PAS yang menjadikan hudud sebagai objektif utamanya tetapi meminta Gerakan Harapan Baru (GHB) supaya tidak menurut jejak langkah itu, kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Ketua PKR Sarawak Baru Bian baru-baru ini telah menggesa GHB yang dalam proses memohon untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik, tidak mengikuti jejak langkah PAS itu. Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara sekular. 

Bagaimanapun Chong, dalam satu kenyataan hari ini, berkata, ia sudah lama tertangguh bagi PKR Sarawak membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PAS Sarawak kerana agenda hududnya dan kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar).

 

MP Bandar Kuching itu berkata Hadi telah menyatakan dengan jelas bahawa hudud adalah agenda utama PAS. Kerana kepimpinan PAS Sarawak PAS bersama Hadi, maka oleh itu ia juga menyokong hudud.

 

"Apabila ramai ahli dan pemimpin progresif PAS hilang harapan terhadap kepimpinan Hadi dan cuba untuk menubuh parti baru, maka adalah sukar untuk difahami mengapa PKR Sarawak masih bersama dengan PAS Sarawak," kata Chong.

Katanya, seperti yang sering ditekankan oleh pengerusi DAP sebelum ini, Karpal Singh, 'tidak ada kawan yang kekal atau musuh dalam politik, tetapi prinsip yang kekal.'

"Prinsip asas dan kekal dalam hal ini ialah Malaysia sebuah negara sekular dan undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia."

[Baca berita penuh/asal]