DAP sedia menjalin kerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) berikutan parti baru itu berbeza dengan PAS, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

    

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang menyifatkan perjuangan kepimpinan jawatankuasa penaja parti baru itu lebih bersifat progresif dan Islam sederhana yang jauh berbeza dengan perjuangan bekas rakan sekutunya itu.

    

"Kami (DAP) rasa bahawa kami boleh bekerja dengan kumpulan Muslim progresif dan sederhana memandangkan objektif mereka mahu membina Malaysia yang lebih inklusif," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

    

Isnin lepas, penubuhan GHB yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang diumumkan dan ia dipengerusikan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.

    

-Bernama