Najib tak layan ditanya tentang video bocor
Diterbitkan: Jul 29, 2015 11:30 PM | Dikemas kini: Jul 30, 2015 1:06 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak layan soalan mengenai video kontroversi di mana bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa perdana menteri mengaku memindahkan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.
Soalan itu diajukan ketika Najib beredar selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur malam ini.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan yang menghadiri majlis yang sama, memberitahu pemberita selepas Najib beredar, bahawa perdana menteri telah memberi taklimat kepada Majlis Tertinggi Umno mengenai isu RM2.6 bilion itu.
"Beliau (Najib) tidak pernah menggunakan wang 1MDB dan masukkan ke dalam akaunnya," tegas Ahmad Maslan.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.