Gabungan wartawan seru demo bebas media esok
Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa) mengajak orang ramai menyertai perhimpunan bantahan di Kuala Lumpur esok bagi menuntut penggantungan permit The Edge Financial Daily dan The Edge Financial Weekly ditarik serta-merta.
“Kami juga bimbang dan mengikuti secara dekat apa berlaku dan sebagai tanda sokongan kami menyeru rakan-rakan dari seluruh negara menyertai wartawan Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Permit penerbitan The Edge sebelum ini digantung bagi tempoh tiga bulan selepas menyiarkan laporan yang kritikal dalam isu 1MDB.
Seapa didukung oleh sebelas persatuan wartawan daripada tujuh negara di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
Perhimpunan esok dijadual diadakan di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada jam 11 pagi. Ia dianjurkan oleh Gabungan Demi Kebebasan Media (CPF) – gabungan longgar tiga kumpulan media.
Ia digerakan dan didukung olehGerakan Media Marah (Geramm), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) dan Kelab Koresponden Asing Malaysia.
Selain membantah penggantungan The Edge , CPF juga menolak sekatan terhadap Sarawak Report dan cadangan untuk kawalan ketat pada aktiviti atas talian dan media sosial.
MyTeksi: Jangan gentar, wartawan
Sementara itu, penyedia perkhidmatan tempatan teksi terkenal MyTeksi pula dalam kenyataan yang jarang-jarang berlaku tampil meminta semua pihak mengiktiraf peranan media.
“Tiga tahun yang lalu kami hanya beroperasi di sebuah bilik stor kecil di Petaling Jaya. Tidak ramai yang memahami misi kami tetapi media memberi kami peluang dan menulis tentang kami.
“Publisiti yang kami terima semasa hari-hari awal operasi kami banyak membantu kami membina syarikat.
Just 3 years ago, we were operating out of a tiny storeroom in Petaling Jaya. Few people understood our mission but...
Posted by MyTeksi on Monday, 27 July 2015
Justeru, MyTeksi mahu rakan-rakan media agar tidak gentar dengan keadaan semasa kerana mereka sentiasa memberi sokongan penuh kepada Media yang jujur dan adil.
“Kepada rakan-rakan kita dalam arus perdana dan alternatif media, anda dapat sokongan kami. Kami mengiktiraf peranan yang anda mainkan dalam membentuk negara kita," ujar tulisan di Facebok itu.
Tomorrow: Walk with
#AtTheEdge
to support press freedom and our right to information
http://t.co/GS4g6kmosH
pic.twitter.com/bAZrJ4kyvj
— Time Out KL (@TimeOutKL)
August 7, 2015
Sementara itu, seruan sama dibuat oleh majalah gaya hidup terkenal Time Out KL yang menyeru orang ramai bangkit memperjuangkan kebebasan media dan hak orang mendapatkan maklumat.
“Warnailah hari itu dengan biru dan hitam, menggambarkan keadaan semasa kebebasan akhbar di Malaysia.
“Jika kamu tidak dapat sertai protes ini, tendangan petisyen untuk tunjukkan sokongan,” menurut tulisan di laman webnya.

