Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak tahu hal sebenar jangan cakap, tegur TMJ
Diterbitkan:  Aug 17, 2015 4:21 AM
Dikemaskini: 4:26 AM

Tunku Mahkota Johor menegur seorang pemimpin Umno negeri itu kerana membuat kenyataan bahawa tiada masalah antara sultan Johor dan perdana menteri.

Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata seseorang itu tidak perlu membuat sebarang kenyataan tanpa menyedari cerita sebenar berkaitan perkara itu.

“Merujuk pernyataan yang dibuat oleh seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara sultan Johor dan perdana menteri; ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar,” katanya.

Menulis di Facebook Johor Southern Tigersk Tunku Ismail juga berkata hanya ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.

“...dan oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum,” tulisnya.

Mstar kelmarin melaporkan Puad ( gambar ) sebagai berkata tiada sebarang masalah antara Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak

Kenyatan itu dibuat selepas muncul gambar Sultan Ibrahim dan Najib menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura di republik itu pada 9 Ogos lalu menjadi viral di media sosial.

Ia menunjukkan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah berjalan di hadapan Sultan dan anakandanya Tunku Ismail.

"Saya bertemu dengan beliau (Najib) baru-baru ini dan beliau memberitahu saya tidak ada salah faham dengan Sultan.

"Malah, Najib turut menyapa baginda sebelum permulaan perarakan Hari Kebangsaan di Padang,” beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno bahagian di Batu Pahat.

 

UNTUK PENGETAHUAN UMUM ANDAMerujuk pernyataan yang dibuat oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad...

Posted by JOHOR Southern Tigers on  Sunday, 16 August 2015

Lihat Komen
ADS