Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kami hanya manusia biasa, kata baitulmal
Diterbitkan:  Aug 17, 2015 1:29 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

Berdepan kritikan sama bertahun-tahun, baitulmal Wilayah Persekutuan tampil mengaku bahawa mereka hanya manusia biasa dan memerlukan bantuan orang ramai untuk menjejaki asnaf zakat.

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menulis di Facebook dengan meminta orang ramai melaporkan kepada agensi itu sekiranya terdapat asnaf di sekitar mereka.

“Kami hanyalah manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan kekurangan.

“Anda boleh terus menuding jari kepada kami atau anda juga boleh melaporkan golongan asnaf yang tersisih yang berada di sekitar anda kepada kami. Pilihan di tangan anda,” menurut tulisan itu.

“Skuad jejak asnaf kami sedia menyantuni mereka dengan segera, walau di mana pun mereka berada. Selagi mereka berada di Wilayah Persekutuan,” tulis PPZ-MAIWP di media sosial.

 

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin antara individu yang lantang mengkritik  kelemahan urusan pungutan zakat sebelum ini.

Bekas zamil Universiti Oxford dalam bidang agama itu berkata badan itu sudah dianggap hilang fungsi dan peranannya yang sebenar.

Asri turut mendakwa, berlaku kepincangan di dalam pusat zakat apabila terdapat pegawainya sendiri bersifat materialstik dengan menunjukkan wajah manis di hadapan pembayar zakat tetapi berbeza kepada pemohon.

Asri mempersoalkan urusan permohonan zakat yang terlalu sulit yang diibaratkannya seperti meminta sedekah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS