Bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Andre Justo dihukum tiga tahun penjara oleh mahkamah Thailand kerana cubaan memeras ugut bekas majikannya PetroSaudi International.
 
Menurut beberapa laporan media, Justo mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
 
Organisasi media antarabangsa tidak dapat memperolehi sebarang komen dari peguam Justo, yang bercakap dalam bahasa Thai.
 
Keseluruhan prosiding mahkamah itu dijalankan secara tertutup.
 
Kes Justo adalah penting dia didakwa memeras ugut PSI dengan mengugut untuk mendedahkan maklumat sulit syarikat tersebut.
 
Dia juga dituduh membekalkan maklumat tersebut kepada rakyat Malaysia dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report, yang kemudiannya menggunakan maklumat itu terhadap 1MDB.  [Baca berita penuh/asal]

Sementara itu, Bernama melaporkan, Mahkamah Jenayah Bangkok memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa mulai 22 Jun, hari bekas eksekutif IT berusia 49 tahun itu ditahan di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand, menurut pegawai-pegawai.

Dia didakwa di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand yang membawa hukuman penjara satu hingga 10 tahun dan denda antara 2,000 baht (RM222) dan 20,000 baht (RM2,223).

Peguamnya, Pranot Kalanuson, memberitahu pemberita bahawa beliau akan menemui Justo "minggu ini" untuk membincangkan tindakan seterusnya, termasuk sama ada akan merayu terhadap hukuman itu.

Pranot berkata beliau akan mendapatkan butir terperinci mengenai hukuman itu dari pembantunya kerana beliau tidak tidak hadir di mahkamah hari ini.

Justo tiba di mahkamah pada jam 9.10 pagi dan memasuki ruang sidang yang ditutup kepada media.

Dia muncul dari bilik mahkamah sekitar tengah hari. Wartawan, yang kebanyakannya dari Malaysia, melontar soalan kepadanya tetapi dia tidak menjawab dan berjalan berkaki ayam dengan diapit oleh empat orang pegawai.

Justo ditangkap selepas PetroSaudi membuat aduan, dan telah dibawa ke Bangkok.

Semasa dalam tahanan, beliau mengaku cuba mengugut dengan menggunakan maklumat yang diperolehi dari PetroSaudi.

Beliau juga mengaku menyerahkan dokumen-dokumen yang dicuri kepada "ahli perniagaan terkemuka Malaysia" yang tidak pernah dibayar kepadanya wang yang dijanjikan.

Justo bagaimanapun menafikan telah meminda dokumen digital tersebut.

Polis Malaysia juga mahu menemubual Justo kerana beberapa maklumat itu berkenaan urusan PetroSaudi dengan 1Malaysia

Development Bhd tetapi polis Thai tidak memberi mereka akses.