Salleh: Putrajaya tak sekat info demo BERSIH
Diterbitkan: Aug 25, 2015 5:25 PM | Dikemas kini: Aug 25, 2015 6:43 PM
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Putrajaya tidak akan menyekat menara telekomunikasi sepanjang demonstrasi BERSIH 4 bagi menghalang komunikasi di kalangan peserta.
"Tidak. Perkara itu tidak berbangkit," katanya ketika menjawab soalan sama ada pihak kementerian yang mengawal selia Internet akan berbuat demikian semasa perhimpunan selama 34 jam besar, atau membiarkan aliran bebas maklumat
Bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), katanya, ia akan meneliti semua blog dan laman web yang menerbitkan perkara seperti itu.
"Kita hanya memantaunya," katanya di satu majlis hari ini.

