Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB nafi laporan Business Times S'pura mengenai IPIC
Diterbitkan:  Aug 26, 2015 3:26 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan laporan oleh The Singapore Business Times mengenai perjanjian pembidaan dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) Abu Dhabi sebagai 'tidak berjaya'.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang menurutnya tidak berasas itu, 1MDB berkata perbincangan dengan IPIC masih berjalan bagi memuktamadkan transaksi mengikut terma seperti yang diumumkan secara rasmi oleh IPIC kepada Bursa Saham London pada 10 Jun, 2015.

Artikel The Business Times itu adalah berasaskan perbualan dengan sumber yang tidak dikenali, yang ternyata tidak profesional dan tidak perlu, kata 1MDB dalam satu kenyataan.

1MDB berkata syarikat itu kini memberi tumpuan ke atas usaha melaksanakan pelan rasionalisasi dengan jayannya, yang sudah terbukti berdasarkan pelbagai pengumuman rasmi yang dibuat setakat ini.

Ia memberikan contoh lembaran terma pembidaan yang dilaksanakan dengan IPIC, senarai pendek pembida terpilih untuk menjana kewangan Edra Global Energy Bhd dan proses jualan semasa untuk Bandar Malaysia.

"Kami mengesahkan komitmen kami untuk menjayakan rasionalisasi ini dan akan terus memberi makluman terkini kemajuan rasmi secara berkala," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS