Kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal atau menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kemerosotan teruk nilai matawang negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tetap komited kepada dasar mesra pasaran dan demi mengekalkan integriti dan keterbukaannya.

"Ketikdaktentuan kedudukan global masa ini memerlukan tindakan lebih responsif dan tegas.

“Dengan mengambil kira keadaan semasa, kerajaan berazam untuk menangani dan mengurangkan sebarang impak global kepada ekonomi global," katanya.

Najib berkata demikian ketika mengumumkan fungsi dan struktur Jabatan Khas Ekonomi (JKE) susulan kedudukan ekonomi negara dan global di Putrajaya hari ini.

Nilai ringgit ini melepasi paras RM4 untuk sedolar AS, terburuk dalam tempoh 17 tahun.

Ia dikatakan berpunca daripada kejatuhan harga komoditi, pengaruh mawatang China, ketidakstabilan politik negara serta jangkaan kadar faedah AS.