Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sakit jantung, mahkamah tangguh penghakiman Khir

Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusannya terhadap rayuan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pada 22 September

Ini berikutan Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan penangguhan yang diminta oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah berikutan Khir sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan penangguhan itu walaupun mahkamah sedia untuk menyampaikan penghakimannya.

Shafee berkata, beliau bimbang jika keputusan tidak berpihak kepada mereka, hak Khir untuk didengar dalam mitigasi (rayuan sebelum hukuman dijatuhkan) akan tidak ada.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud membantah dengan berkata keputusan boleh dibuat seperti dalam kes duluan, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Hakim-hakim lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali.

Khir dirawat semalam kerana disyaki serangan sakit jantung.

Shafee berkata, Khir akan menjalani prosedur angiogram di IJN pada kira-kira jam 5 petang ini berikutan denyutan jantung anak guamnya yang tidak teratur.

"Khir dijangka dimasukkan ke wad untuk beberapa hari di IJN dan kita tidak tahu berapa lama beliau akan berada di sana," katanya.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS