KTM Komuter hingga 1 Pagi Ahad Ini

   

Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi Ahad ini sempena sambutan ambang Hari Kebangsaan.

Perkhidmatan tren tambahan itu adalah hanya untuk laluan KL Sentral ke Rawang, Putra ke Sg Gadut dan Putra ke Pelabuhan Klang, menurut kenyataan KTM di Kuala Lumpur, Jumaat.

"Enam buah stesen yang dilanjutkan waktu operasinya adalah Stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur, KL Sentral, Mid Valley dan Bandar Tasik Selatan khusus bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai meraikan sambutan "Ambang Merdeka" yang dianjurkan di sekitar ibu negara seperti Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang dan sebagainya," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, bagi pengguna yang ingin mengunjungi Dataran Merdeka untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan Isnin ini, operasi perkhidmatan komuter bagi semua laluan akan dimulakan seperti biasa bermula pukul 5.30 pagi.

"Para pengguna dinasihatkan membeli tiket dua hala atau menggunakan kad Touch n Go bagi mengelakkan kesesakan di kaunter dan mesin tiket ketika waktu pulang," menurut kenyataan itu.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pusat panggilan KTM Berhad di 1300 88 5862 atau [email protected]

- Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In