Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'300,000 berbaju merah, tapi sejuta lagi sokong Najib'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mempunyai sejuta penyokong di belakangnya seperti yang dibuktikan oleh perhimpunan baju merah semalam.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos mendakwa sejuta penyokong itu ialah orang ramai yang memakai baju merah tetapi menurutnya tidak berkumpul bersama 300,000 peserta lain di Kuala Lumpur.

"Sasaran satu juta yang tak bersama dengan kita, yang tidak dapat hadir, sudah jadi kenyataan.

"Ramai tidak dapat masuk ke Padang Merbok. Mesej bahawa 300,000 orang Melayu berbaju merah semalam ini merupakan pendukung kepada demokrasi negara.

"Mereka yang memberi mandat kepada Najib sebagai perdana menteri dan mereka ialah suara rakyat yang menyokong beliau dan barisan kepimpinan," katanya dalam sidang medianya hari ini.

Bagaimanapun polis menganggarkan seramai 50,000 peserta menyertai perhimpunan tersebut di Padang Merbok.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS