Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata, Umno tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang ingin menganjurkan demonstrasi.

"Kita (Umno) tak pernah menyokong perhimpunan. Walaupun perhimpunan (baju) merah, kita tak menyokong.

"Kita tak akan menyokong mana-mana demonstrasi jalanan," katanya kepada pemberita pada sidang media di DBKL hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Umno akan menyokong perhimpunan yang akan dianjurkan Pengerusi Gabungan NGO Datuk Jamal Md Yunos, yang juga pemimpin akar umbi Umno, di Kajang.

Selain itu, ditanya mengenai kehadiran pemimpin Umno di perhimpunan baju merah 16 September lalu, beliau berkata kehadiran pemimpin parti mewakili NGO yang diwakili mereka.

"Sesetengah pemimpin Umno datang mewakili NGO. Seperti Tan Sri Ali Rustam, dia pun mewakili NGO. Saya juga mewakili banyak NGO," katanya lagi.

Jamal pada 28 September dilapor bercadang untuk mengadakan satu lagi perhimpunan "berskala besar" di Kajang.

Beliau berkata tindakan itu dibuat kerana presiden PKR dan ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa tidak memenuhi janji pilihan raya kecil dua tahun lalu, lapor New Straits Times .

Antara rungutan yang dibangkitkan termasuk masalah banjir, kesesakan lalu lintas, dan kelemahan kutipan sampah, kata Jamal.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS