Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zam: Tak payahlah minta maaf
Diterbitkan:  Oct 3, 2015 12:45 PM
Dikemaskini: 4:51 AM

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainudin Maidin menyarankan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman agar tidak meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana tindakan ia tidak akan mengembalikan sokongan mereka kepada BN.

Tak payahlah Timbalan Menteri Tajuddin nak minta maaf pd orang Cina. Tak ada faedah pun. Mereka tak akan kembali sokong Umno atau BN

— Zainudin Maidin (@ZainudinMaidin) October 2, 2015

Kenyataan Zainudin itu merujuk kepada permintaan supaya Tajuddin meminta maaf selepas beliau mengeluarkan kenyataan "orang Cina boleh ditampar (lempang)" sekiranya meminta bantuan asing mencampuri masalah mereka.

"Tak payahlah Timbalan Menteri Tajuddin nak minta maaf pada orang Cina (Malaysia).

"Tak ada faedah pun. Mereka tak akan kembali sokong Umno atau BN," katanya dalam satu tulisan di Twitter.

Khamis lalu, Tajuddin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Duta Besar China ke Malaysia Huang Hui Kang melawat Jalan Petaling pada 25 September lalu.

Beliau kemudian menafikan membuat kenyataan begitu.

Lawatan Huang itu dilakukan sehari sebelum perhimpunan berbau perkauman dianjur pihak tertentu yang membuat beberapa desakan bagi 'mengubah' keadaan di pusat komersial didominasi peniaga Cina itu.

Huang didakwa menimbulkan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan bahawa negara China menentang sebarang bentuk ekstremisme dan rasis terhadap kaum tertentu.

Sementara itu, permohonan maaf daripada Tajuddin juga dituntut oleh parti kompenan BN sendiri termasuk MCA.

Bagaimanapun Zainudin berkata, MCA tidak boleh menyalahkan Umno kerana bertindak balas.

"MCA perlu akui bahawa akhbar Cina mahu menjadikan duta China tersebut sebagai godfather dan bukan alihkan kemarahan pada Umno," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS