Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA: BN perlu turun padang, betul persepsi Cina

NGO pendesak Melayu PERKASA mahu anggota BN berhenti menyalahkan semua orang berhubung ketegangan kaum yang semakin berkembang ketika ini.

Sebaliknya Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mahu parti komponen BN termasuk Umno, MCA dan Gerakan turun padang bertemu masyarakat khususnya kaum Cina bagi memperbaiki persepsi terhadap parti itu.

Bercakap selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERKASA cawangan Selayang hari ini, Ibrahim majlis berkata parti politik itu mempunyai sumber untuk berbuat demikian daripada bergantung kepada media untuk menyampaikan mesej.

Menurut veteran politik itu lagi, kaum Cina telah terpesong dengan penilaian kerana kebanyakan mereka mendapatkan maklumat daripada sumber yang "diputarbelitkan".

"Isu perkauman timbul kerana isu tuduh menuduh hasil (dikotomi) baju kuning dan merah," katanya di Rawang.

"Ini elok jika mereka (BN) ini (yang) ada banyak kemudahahan supaya turun secara agresif dan sistematik berjumpa kaum Cina untuk beri penerangan yang sebenarnya

"Sebab sekarang ni mereka hanya menerima berita dari sestengah pihak yang diputarbelit (dan) yang ditimbulkan kekeliruan apatah lagi maklumat sepihak daripada pemimpin DAP Dan PKR," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS