Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

"Sepatutnya beliau dulu yang bertaubat," itu reaksi awal penganjur himpunan "Selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan Cacamarba” yang akan di Ampang, Ahad ini.

Datuk Jamal Yunos berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang meminta beliau mengadakan himpunan di masjid sekali gus membuat solat sunat taubat.

"Terima kasihlah kepada MB. Tapi sepatutnya dia minta ampun dan bertaubat dulu kerana melukakan hati mak dia sebelum ini," kata Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar itu.

Orang kuat di sebalik himpunan baju merah 16 September lalu berkata beliau tidak melakukan kesalahan.

"Saya tidak lakukan kesalahan, saya berjuang untuk rakyat Selangor," tegas Jamal.

'Penternak nyamuk' paling berjaya

Jamal juga berkata Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak itu suka mengelak daripada tanggungjawabnya.

"Ini adalah karekter Pakatan Rakyat. Bila kita ada komen menyalahkan atau meminta dia bertanggungjawab terhadap rakyat negeri Selangor, setiap kali itu juga kenyataan tersebut dipesongkannya.

"Dia tidak akan menerima hakikat dan pandangan," saran Jamal kepada Azmin.

Jamal juga turut membangkitkan sikap turun padang Azmin ketika mula-mula dilantik sebagai menteri besar.

"Ketika dilantik menjadi MB dia sanggup masuk longkang, tengok lubang jamban semua.

“Tetapi selepas beberapa bulan tak sampai setahun menjadi Azmin telah dianugerahkan menjadi pemimpin penternak nyamuk yang paling banyak sekali dalam Selangor," kata Jamal dengan nada sinis.

Dalam pada itu, Jamal turut mengesahkan telah menghantar permohonan permit bagi menganjurkan himpunan yang akan di adakan di Ampang pada 18 Oktober ini.

Lihat Komen
ADS