Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib sertai solat hajat doa negara sejahtera

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai jemaah di Masjid Putra di Putraja menunaikan solat Jumaat dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan negara serta memulihkan keadaan ekoran jerebu yang melanda.

Solat Jumaat dan solat hajat itu dipimpin Imam Masjid Al-Aqsa, Imam Ali Omar Yacoub Abbasi, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyampaikan khutbah.

Solat hajat itu turut mendoakan kesejahteraan Malaysia dan Palestin.

Semalam, Ali Omar ketika membuat kunjungan hormat ke atas Najib di kediaman rasminya di Seri Perdana turut merakamkan penghargaan atas perjuangan perdana menteri membela nasib Palestin dan Masjid Al-Aqsa selama ini termasuk ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.

Menurutnya tidak banyak pemimpin Islam yang berani membangkitkan isu Palestin dan mengutuk penindasan Israel secara terbuka seperti yang diperjuangkan oleh Najib.

Dalam pada itu, Jamil Khir ketika menyampaikan khutbah bertajuk 'Hijrah Mengukuh Solidariti Ummah', menyeru seluruh rakyat berdoa kepada Allah semoga masalah jerebu yang melanda negara pulih segera supaya masyarakat dapat meneruskan rutin seharian dengan selesa.

Mimbar juga menyentuh mengenai kepentingan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dan tidak menyampaikan maklumat tidak tepat mengenai situasi jerebu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS