Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua individu maki penguatkuasa MBPP ditahan
Diterbitkan:  Oct 9, 2015 6:37 PM
Dikemaskini: 10:42 AM

Dua lelaki yang didakwa memaki dan mencampak duit kepada anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas tayar kereta mereka dikunci, ditahan di George Town hari ini.

Kedua-duanya yang berusia 19 dan 25 tahun ditahan di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim pada pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatarash Wahid pihak polis akan mendapat perintah reman ke atas dua-duanya yang bekerja sebagai mekanik dan pemasang pendingin hawa.

Suspek dilapor marah kepada prgawai penguat kuasa wanita berkenan kerana mengunci tayar kereta mereka yang diletakkan di garisan kuning di Lebuh Campbell pada Rabu lalu.

Tindakan mereka ke atas pegawai tersebut menjadi viral di media sosial sejak semalam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS