Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Arul sahkan dokumen didedah SR tulen
Diterbitkan:  Oct 10, 2015 6:41 PM
Dikemaskini: 10:45 AM

Presiden dan Pengarah Eksekutif syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy mengesahkan minit mesyuarat lembaga 1MDB yang diterbitkan oleh portal Sarawak Report adalah tulen.

"Saya boleh mengesahkan bahawa dalam kes ini, ia ( Sarawak Report ) nampaknya telah menerbitkan dokumen 1MDB sahih, iaitu minit mesyuarat lembaga (pada) 12 Januari 2015," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini .

Arul mendedahkan, ia adalah minit mesyuarat Lembaga 1MDB pertama yang dihadiri beliau seminggu selepas menyertai syarikat itu pada 5 Januari 2015.

Menjawab laporan laman web pemberi maklumat yang menyifatkan minit berkenaan sebagai bukti bahawa Arul adalah "pembohong", bos 1MBD itu berpendapat sebaliknya.

"Rekod perkhidmatan saya menunjukkan bahawa saya professional memperbetulkan cabaran dalam 1MDB.

"Tiada keperluan bagi saya untuk berbohong atau menutup apa yang telah berlaku pada masa lalu, seperti yang didakwa oleh mereka yang membuat dakwaan sensasi demi kepentingan politik mereka," tegas beliau.

Sarawak Report hari ini mendedahkan beberapa dokumen membuktikan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Syarikat 1MDB Arul Kanda Kandasamy seorang "pembohong".

Pendedahan tersebut dibuat ekoran dakwaan mengejutkan yang mengesahkan tiada wang tunai tersimpan di Bank BSI di Singapura.

Sarawak Report mendakwa berdasarkan laporan mesyuarat lembaga 1MDB kenyataan Arul terbukti bukan "salah faham", tetapi sebahagian daripada "strateginya memberikan maklumat salah".

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS