BERITA

Kekal atau keluar BN, Ong Tee Keat gesa referendum

Diterbitkan
Dikemaskini 12 Okt 2015, 6:32 pagi

Bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat hari ini melahirkan rasa kesalnya atas keputusan MCA yang teguh berdiri di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ong berkata, sebuah referendum patut dibuat untuk memutuskan sama ada MCA harus kekal dalam BN.

Ong berkata jelas terdapat perasaan tidak puas hati akar umbi MCA dan masyarakat Cina terhadap keadaan negara sekarang ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama pengkritik utama Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau bagaimanapun berkata tidak mewakili MCA dalam sidang media hari ini.

[Baca berita asal]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan