Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM tak ke mana jika 'orang paling berkuasa' ada
Diterbitkan:  Oct 13, 2015 12:28 PM
Dikemaskini: 4:31 AM

NGO pendedahan maklumat membangkitkan kebimbangan terhadap dakwaan tekanan 'orang paling berkuasa' terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kesimpulannya, jika trend atau perkembangan ini berterusan, memang jelas akhirnya hasil siasatan SPRM akan sia-sia belaka kerana sebarang tindakan terhadap ‘orang paling berkuasa’ tidak akan berlaku selagi beliau berkuasa,” kata Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW).

Pengarahnya Akmal Nasir juga menuntut SPRM menamakan identiti dan kesalahan individu yang dirujuk Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Seri Zakaria Jaafar semalam.

Akmal percaya, perkara itu boleh didedahkan memandangkan institusi lain seperti Bank Negara juga melakukan perkara sama.

Dalam kenyataan hari ini, Akmal berkata, ucapan Zakaria semalam mengesahkan terdapat gangguan terhadap SPRM melalui perpindahan keluar beberapa anggotanyanya sebelum ini.

Zakaria semalam mengakui badan itu menghadapi paling hebat berhadapan dengan siasatan membabitkan orang paling berkuasa dalam negara.

Oleh itu, katanya, pegawai yang terlibat harus diberi suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan sukar itu.

SPRM sedang menyiasat ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bercadang menyoalnya.

Lihat Komen
ADS