Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis kena 14 pertuduhan menghasut
Diterbitkan:  Oct 13, 2015 1:11 PM
Dikemaskini: 5:27 AM

Aktivis Khalid Mohd Ismath hari ini dikenakan 11 tuduhan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung posting di internet yang didakwa menghina kerabat diraja Johor.

Peguamnya Dinesh Muthal berkata Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini, dan tidak dibenarkan diikat jamin kerana bimbang beliau melarikan diri.

"Pihak pendakwaan tidak mahu untuk menawarkan jaminan. Mereka menggunakan alasan (blogger) Ali Abd Jalil yang melarikan diri dari negara sebelum ini sebagai contoh," kata Dinesh ketika dihubungi Malaysiakini.

Ali, tahun lalu ditangkap sebanyak empat kali dan berdepan dengan tiga tuduhan menghasut serta ditahan selama 22 hari di penjara kerana membidas pemerintahan beraja di Facebook.

Pelajar berusia 29 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin pada 29 Sept tahun lalu tetapi akhirnya melarikan diri ke Sweden dan memohon suaka politik selepas mendakwa menerima pelbagai ugutan bunuh.

Khalid, 25, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut tiga pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerbitkan tiga komen berasingan yang mempunyai perkataan menghasut dalam aplikasi Facebook (FB) berkaitan solidariti untuk peguam Kamal Hisham Ja'afar.

Bagi 11 pertuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tertuduh didakwa membuat komen yang jelek di laman sosial sama.

Hakim kemudiannya menetapkan 3 November ini untuk sebutan semula kes.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS