Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Acara ‘Sex with robot?’ Jangan mengarut, kata IGP

Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada penganjur kongres antarabangsa mengenai “Cinta dan Seks Dengan Robot” pada 16 November depan di Johor Bahru tidak berbuat demikian.

Sambil menyifatkan tindakan penganjur sebagai mengarut, beliau turut mengingatkan jangan membuat perkara yang tidak normal di negara ini.

“Saya ingin beri amaran pada penganjur ini jangan cuba buat satu perkara yang abnormal di negara ini. Saya akan ambil tindakan tegas kepada mereka.

“Negara ini bukan satu negara yang membenarkan seks bebas sepertimana yang mereka cuba anjurkan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penghargaan VTEC menghargai polis di Pusat Konvensyen Sime Darby Damansara.

Menurut laman web penganjur, at loveandsexwithrobots.org acara itu dijadual berlangsung dari 16 hingga November di Iskandar Johor.

Kata Khalid lagi, walaupun pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis namun beliau sejak awal telah mengharamkannya.

“Mereka ini mengarut. Mereka sudah mula bawa budaya songsang daripada luar negara bawa kembali (ke Malaysia).

“(Acara) ini tidak dibenarkan, ia diharamkan,” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS