Abdul Hamid Mohamad - Tokoh Maal Hijrah 1437
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad hari ini dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1437H.
Beliau menerima anugerah itu berdasarkan sumbangannya memartabatkan syiar Islam di peringkat nasional dan global serta diiktiraf pelbagai pihak.
Hadiah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Masjid Negara, di Kuala Lumpur, pagi ini.
Abdul Hamid menerima hadiah wang tunai RM100,000, plak, pingat dan sijil penghargaan.
Hadir sama pada majlis hari ini adalah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.