Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahfuz: Peguam negara keliru, mengelirukan
Diterbitkan:  Oct 14, 2015 4:00 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali keliru dengan peruntukan digunakan untuk menahan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan, kata anggota parlimen Pokok Sena.

Datuk Mahfuz Omar berkata beliau hairan bagaimana peguam negara tidak sedar bahawa tuduhan bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan adalah kesalahan keselamatan yang tertakluk bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

“Betul mereka tidak didakwa di bawah Sosma tetapi kesalahan yang didakwa itu adalah kesalahan yang berkaitan dengan Sosma,” kata Mahfuz bekas ketua penerangan PAS itu.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam menjelaskan bahawa Khairuddin, bekas ketua Umno Batu Kawan dan peguamnya Matthias Chang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukan di bawah Sosma.

Kenyataan itu dibuat selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh Hamzah dan empat lagi tokoh penting BN tampil bersama mengecam penangkapan Khairuddin dan Chang selepas membuat laporan di peringkat antarabangsa dalam isu 1MDB.

Mahfuz berkata, kenyataan Apandi hanya mendedahkan kekeliruan beliau dan “lebih menjadi masalah bilamana beliau cuba pula untuk mengelirukan rakyat”.

Justeru, Mahfuz menggesa Apandi mohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas didakwa membuat “cubaan bodohkan rakyat”.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS