Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah Persekutuan: Persempadanan semula S’wak sah
Diterbitkan:  Oct 15, 2015 11:50 AM
Dikemaskini: 3:53 AM

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Sarawak adalah sah.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif menolak permohonan ADUN Batu Lintang See Chee How dan pengundi Ulu Baram Pauls Baya selepas berpuas hati tiada satu pun daripada 15 persoalan undang-undang yang dibangkitkan melepasi tahap ujian seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964.

Dengan keputusan hari ini, Sarawak boleh menggunakan persempadanan baru pada pilihan raya negeri akan datang yang mesti diadakan sebelum Jun tahun depan.

Persempadanan semula itu menyaksikan Sarawak mendapat tambahan 11 kerusi negeri menjadikan jumlah sekarang 71 kepada 82.

Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan SPR tidak perlu menerbitkan kembali notis cadangan untuk merangka semula sempadan kawasan pilihan raya di Sarawak selepas berpuas hati bahawa notis yang dikeluarkan sebelum itu, sah di sisi undang-undang.

Bagaimanapun, See dan Baya merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan semakan kehakiman mereka.

Peguam kanan Cyrus Das dan Datuk Ambiga Sreenevasan mewakili See manakala SPR pula diwakili oleh pendakwa raya kanan Amarjeet Singh dan Shamsul Bolhassan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS