Ketampakan rendah kurang 3km hingga Khamis
BernamaDiterbitkan: Oct 19, 2015 12:00 PM | Dikemas kini: Oct 19, 2015 12:08 PM
Ketampakan rendah kurang daripada tiga kilometer di sekitar perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching dan Tawau dijangka berterusan sehingga Khamis ini.
Perairan berkenaan termasuk dalam 17 kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 101, setakat 8 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan itu berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak dilengkapi alat navigasi kapal.
Keadaan sama turut berlaku di perairan Selat Melaka, Tioman, Bunguran, Kuching dan Sulawesi.
- Bernama

