Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jerebu: Sekolah di 7 negeri tutup lagi esok
Diterbitkan:  Oct 19, 2015 12:11 PM
Dikemaskini: 10:50 AM

Semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur terus ditutup esok, berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan.

Arahan penutupan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menerusi satu kenyataan media.

Penutupan itu bakal membabitkan seramai 1,909,842 pelajar daripada 3,029 sekolah.

Kementerian Pendidikan juga menasihatkan pihak pengurusan semua sekolah yang tidak terbabit dengan penutupan esok supaya memantau bacaan IPU.

"Jabatan Pendidikan negeri dan daerah bersama pengurusan sekolah di seluruh negara hendaklah berterusan memantau bacaan IPU yang dikeluarkan.

"Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, pihak terbabit boleh mengambil tindakan penutupan seperti ditetapkan oleh kementerian," petik kenyataan itu.

Sehingga jam 3 petang tadi, 16 kawasan mencatatkan kualiti udara tidak sihat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar antara kawasan paling terus adalah Seremban, Banting dan Kuala Lumpur dengan bacaan IPU masing-masing pada 194, 164 dan 165.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS