Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerana usul tol, 2 wakil DAP diarah keluar dewan
Diterbitkan:  Oct 19, 2015 12:19 PM
Dikemaskini: 6:55 AM

Dua anggota parlimen DAP, Lim Lip Eng (Segambut) dan Gobind Singh Deo (Puchong) diarah keluar dewan hari ini.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu selepas Lim campur tangan dalam prosiding parlimen, apabila bangun bertanya kenapa usul membincangkan isu kenaikan kadar tol ditolak.

Gobind pula diarah keluar selepas mengkritik Pandikar ketika cuba mempertahankan Lim.

Lim berhujah, usul itu tidak harus ditolak terdapat ruang untuk itu.

Pandikar bagaimanapun percaya Lim bertujuan mengganggu prosiding dewan.

Enggan duduk kembali di kerusinya, speaker mengarahkan pegawai parlimen untuk membawa beliau keluar.

Apabila Gobind bangun, Pandikar berkata usul itu tidak perlu disegerakan dan boleh dibincangkan dalam perbahasan belanjawan 2016 selepas ini.

Gobind kemudian berkata seseorang speaker mesti jujur ketika membuat keputusan menyebabkan Pandikar memarahinya yang didakwa mempersoal integriti beliau.

Dalam sidang media selepas itu, Lim dan Gobind berkata langkah speaker mengarahkan mereka keluar dewan boleh dipersoal.

Kadar tol naik sehingga 200 peratus di 18 tol di lebuh raya sekitar Lembah Klang bermula 15 Oktober lalu.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS