Susulan bantahan DAP, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail bersetuju untuk memfailkan sendiri usul tidak percaya terhadap perdana menteri.
Selepas mesyuarat gabungan pembangkang Pakatan Harapan hari ini, Azizah berkata beliau akan memikul tanggungjawab itu yang sebelum ini difailkan seorang anggota parlimen PKR.
“Kami akan itu perintah tetap 26, dengan beri notis 14 hari,” katanya kepada pemberita.
Mesyuarat pertama Pakatan Harapan, gabungan DAP, PKR dan PAS, berlangsung hari ini.
Sementara itu, kenyataan ketiga-tiga parti itu menyebut mesyuarat hati ini menyokong penuh usul tidak percaya terhadap perdana menteri yang akan difailkan Azizah dalam masa terdekat.
Hari pertama sidang parlimen hari ini menyaksikan perpecahan pembangkang mengenai usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) yang mahu anggota parlimen PKR Hee Loy Sian menarik balik usulnya mengenai perkara itu kerana ia harus dibentangkan ketua pembangkang.
Lim berkata, usul itu tidak harus dikemuka oleh anggota parlimen biasa kerana ia perkara penting dan “bukan main guli”.
Menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS sebelum ini, Hee bagaimanapun berkata "Lim Guan Eng bukan bos saya."
