Tiada masalah jadi ‘backbencher’, kata Muhyiddin

   

Semasa sidang Parliament Jun lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin duduk bersebelahan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Namun pada sidang parlimen hari ini, beliau ditempatkan bersama ‘backbenchers’ BN ataupun penyokong kerajaan berikutan keputusan Najib menggugurkannya.

Bagaimanapun, Muhyiddin tidak kisah dengan perubahaan itu.

“Semuanya okay, saya cuma ikut kod yang telah disediakan Parlimen. Saya pernah duduk di situ semasa mula-mula bergelar Ahli Parlimen. Saya akan ikut sesi Dewan Rakyat dan lihat isu-isu yang dibangkitkan,” - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/muhyiddin-shafie-teruskan-khidmat-wakil-rakyat-1.148500#sthash.nI073mPQ.dpuf
“Semuanya okay, saya cuma ikut kod yang telah disediakan Parlimen. Saya pernah duduk di situ semasa mula-mula bergelar Ahli Parlimen. Saya akan ikut sesi Dewan Rakyat dan lihat isu-isu yang dibangkitkan,” - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/muhyiddin-shafie-teruskan-khidmat-wakil-rakyat-1.148500#sthash.nI073mPQ.dpuf

“Saya pernah duduk di situ semasa mula-mula bergelar Ahli Parlimen. Saya akan ikut sesi Dewan Rakyat dan lihat isu-isu yang dibangkitkan.

"Ini bukan masalah bagi saya,” kata timbalan presiden Umno dan ahli parlimen Pagoh itu yang dipetik Sin Chew Daily.

Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga tidak kisah dengan kedudukan barunya.

Sebagai seorang wakil rakyat, naib presiden Umno itu berkata yang penting adalah mewakili rakyat dan memastikan negara berada pada landasan yang betul.

Ditanya bagaimana perasaannya ditempatkan di barisan yang sama bersama Muhyiddin dan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Semporna itu sekadar berkata semua mereka adalah rakannya.

Seperti Muhyiddin, Shafie juga digugurkan daripada jemaah menteri pada akhir Julai lalu kerana lantang membidas 1MDB.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In