Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zunar dakwa kartun Rosmah disekat di Facebook
Diterbitkan:  Oct 20, 2015 2:18 PM
Dikemaskini: 6:29 AM

Kartunis kontroversi Zunar mendakwa kartunnya yang memaparkan watak isteri perdana menteri Rosmah Mansor disekat oleh laman sosial Facebook.

“Beberapa percubaan untuk memuat naik semula imej tersebut juga gagal,” kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque.

Dalam kenyataannya, Zunar berkata karya satira bertajuk "Plan B (ini) terhadap Zeti & Bank Negara" disekat selepas setengah jam disiar dalam tiga Facebook beliau.

Laman-laman itu adalah "Zunar Kartunis Fan Club", "Zunar Kartunis" dan "Zunar Kartunis Dua."

Bagaimanapun, katanya, ia masih boleh dicapai di laman web beliau.

Dihubungi Malaysiakini , beliau berkata, walaupun kartun itu tidak lagi terdapat di Facebook, teks yang menjadi keterangan gambar itu masih kekal.

“Saya sudah mengadu kepada Facebook tetapi tiada apa-apa,” kata Zunar.

Kartun Najib tak disekat

Kartunis itu percaya ia bukan kebetulan memandangkan sekatan itu berlaku di tiga laman Facebook.

“Sebelum ini banyak kartun berkaitan Najib tidak disekat. Tetapi sekarang bila paparkan gambar Rosmah, kena sekat,” katanya lagi.

Zunar terkenal sebagai kartunis yang kritikal terhadap isu semasa dan pemimpin negara.

Sejak beberapa tahun ini beliau sering menjadikan Najib dan Rosmah sebagai idea karya-karyanya.

Beberapa buku kartunnya diharamkan sebelum ini.

Lihat Komen
ADS