Sekolah seluruh negara seperti biasa esok
Diterbitkan: Oct 25, 2015 7:36 PM | Dikemas kini: Oct 25, 2015 7:37 PM
Sesi persekolahan di seluruh negara berjalan seperti biasa esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin baik, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.
"Ini bermakna tiada negeri atau kawasan yang persekolahannya ditutup esok," katanya dalam catatan terkini laman Facebook beliau.
Berdasarkan portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga pukul 4 petang tadi, empat kawasan mencatat IPU tidak sihat iaitu Pasir Gudang, Johor (106), Banting (101), Pelabuhan Klang (117), Shah Alam (108) di Selangor.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.