Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar adalah masa lalu, kata Rahman Dahlan
Diterbitkan:  Oct 26, 2015 2:16 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengingatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa isu suaminya merupakan perkara yang dah berlalu dan beliau perlu menumpukan kepada masa sekarang.

Menulis di Twitternya, ahli parlimen Kota Belud itu merujuk kepada ucapan Bajet 2016 oleh Presiden PKR di Dewan Rakyat hari ini.

"Wan Azizah menyampaikan perbahasan belanjawan dengan menambah perisa di ucapannya menggunakan nama (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). Ia telah berlalu puan. Anda adalah sekarang," katanya.

Bekas ketua pembangkang itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat. Anwar bagaimanapun menegaskan bahawa pertuduhan itu dipalsukan tetapi pihak berkuasa menolak dakwaan tersebut.

Selain itu, Abdul Rahman turut memberi respon mengenai ucapan Wan Azizah yang mengatakan belanjawan yang dibuat BN itu mempunyai defisit.

"Untuk maklumat beliau, bajet alternatif Pakatan beliau juga ada defisit.

"Wan Azizah sepatutnya memberi kita apa plan ekonomi untuk Malaysia dalam ucapan belanjawannya. Dia tidak sepatutnya menghabiskan seluruh ucapannya dengan mengkritik," kata menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu lagi.

baca berita asal


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS