Muhyiddin bebas bercakap, kata Ku Li
Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin adalah bebas untuk bercakap apa yang terbuku di fikirannya, kata pemimpin veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah.
"Dia bebas lakukan apa yang dia suka, mengikut pemikiran sendiri. Terpulang untuk menilai sama ada dia betul atau salah.
"Sebagai timbalan presiden parti, dia tahu apa yang lebih baik," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu kepada pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini.
Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Muhyiddin bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mahu dirinya (Muhyiddin) dan bukan Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pemain veteran Umno berkata terpulang kepada jawatankuasa disiplin untuk memutuskan sama ada Muhyiddin ada melakukan sebarang kesalahan.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
