8 undang-undang yang perlu diperbetul

   

Kumpulan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa membangkitkan kekangan yang menyebabkan budaya takut di negara ini, khususnya di kalangan pengkritik kerajaan.

Dalam laporan tebal yang dikeluarkan hari ini, Human Wights Watch (HRW) menyebut, bawah pentadbiran Perdana MenteriDatuk Seri Najib Razak, pelbagai golongan menerima tempiasnya.

Ini termasuk wartawan, mahasiswa, ahli akadmeik, peguam, ahli politik dan pengguna Internet.

Justeru, HRW mengesyorkan penambahbaikan terhadap lapan undang-undang.

Dalam cadangan itu, dua daripadanya – Akta Hasutan ddan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak – harus dimansuhkan sepenuhnya.

Penambahbaikan lain turut dicadang terhadap enam lagi undang-undang seperti berikut:

  • Kanun Keseksaan
  • Akta Komunikasi dan Multimedia
  • Akta Penapisan Filem
  • Akta Perhimpunan Aman
  • Akta Rahsia Rasmi
  • Akta Keterangan
[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In