Najib: 1MDB tak berhutang IPIC AS$481 juta
PARLIMEN | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah Menteri Kewangan menafikan bahawa 1MDB berhutang dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) sebanyak hampir AS$500 juta.
Memetik penyata kewangan 1MDB, Najib berkata hutang itu tidak wujud.
"Nota di dalam Penyata Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 dengan jelas menyatakan bahawa tiada jumlah tersebut yang ditanggung oleh 1mDB terhadap IPIC.
Ingin ditekankan juga bahawa mana-mana pihak berhak menentukan kaedah pelaporan Penyata Kewangan mereka,” katanya.
Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang ingin tahu sama ada 1MDB masih berhutang sebanyak AS$481 juta.
Hutang itu tercatat dalam laporan Audit IPIC untuk Disemsember 2014 selepas didedahkan oleh akhbar Wall Street Journal.
Menurut akhbar itu, hampir AS$2 bilion pembayaran balik dari 1MDB kepada IPIC didapati hilang.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.