Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kongres PKR 27 Nov, pertama tanpa Anwar
Diterbitkan:  Oct 29, 2015 1:38 PM
Dikemaskini: 5:41 AM

Kongres Nasional PKR akan diadakan bermula 27 hingga 29 November ini di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Sebelum ini laman web rasmi PKR memaklumkan kongres tersebut akan diadakan pada 30 Oktober hingga 1 November.

Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli berkata tarikh tersebut telah dipinda.

“(Tarikh 30 Oktober hingga 1 November) salah dan ia telah ditukar.

“PKR akan betulkan tarikh tersebut di laman web kami,” kata anggota Parlimen Pandan itu kepada Malaysiakini.

PKR sebelum ini dilaporkan memberitahu, kongres itu akan membabitkan 3,740 perwakilan dari 220 cabang PKR di seluruh negara.

Seperti sebelum ini, PKR akan menjemput kira-kira 200 jemputan khas untuk menghadiri kongres tersebut.

Kongres ini juga kebiasaannya akan turut melibatkan mesyuarat tahunan bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR.

Ia menjadi kongres pertama PKR tanpa kehadiran ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang merengkok di penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Ia penting bagi menentukan gerak kerja parti itu untuk berdepan pilihan raya umum akan datang dengan realiti politik baru, yang menyaksikan pembentukan gabungan baru pembangkang yang belum teruji.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS