Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Protes bantah kenaikan tol, polis siasat 5 pemimpin DAP

Lima pemimpin DAP hari ini diarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk disoal siasat mengenai kehadiran mereka pada ‘flashmob’ yang membantah kenaikan kadar tol pada 17 Oktober lalu.

Mereka adalah Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, ADUN Balakong Eddie Ng, Senator T Chandra Mohan dan Ketua Pemuda DAP Selangor Eric Teh.

Menurut Ong, setakat ini, mereka belum dimaklumkan sama ada akan didakwa kerana hadir pada bantahan di Batu 9 Cheras Plaza Tol kira-kira dua minggu lalu.

"Pendirian kami adalah bahawa kami akan menjawab sebarang pertuduhan mereka di mahkamah, jika mereka memutuskan untuk mendakwa kami," katanya kepada Malaysiakini.

Ong juga berkata beliau tidak tahu undang-undang mana yang akan digunakan untuk mendakwa mereka jika polis mahu berbuat demikian.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su juga hadir selaku peguam mereka, manakala naib pengerusi DAP Tan Kok Wai hadir sebagai tanda solidariti.

Ong percaya bahawa pihak berkuasa mahu mereka mendedahkan penganjur bantahan itu supaya mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS